"Lailatul Qadr menurut bahasa ialah malam kemuliaan dan malam kebesaran. Adapun kelebihan malam ini ada termaktub di dalam Al-Quran seperti turunnya kitab suci Al-Quran. Allah juga telah menerangkan bahawa malam ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Para malaikat beserta Jibril juga akan diturunkan ke bumi dengan izin Allah pada malam yang mulia ini. Allah juga telah menjamin kesejahteraan malam ini akan berpanjangan sehingga terbit fajar. "
"Pendapat yang terkuat sekali menyatakan malam Lailatul Qadar jatuhnya pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Pada malam-malam itu sangat eloklah kalau kita membanyakkan ibadat seperti solat, membaca al Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa." - abstract from Muis